Keputusan Terkini Kejohanan Sepaktakraw Kebangsaan "Road To Sukma" 2018

Selasa, 17 April 2018

KEJOHANAN SEPAKTAKRAW KEBANGSAAN “ROAD TO SUKMA” 2018

ANTARA DOUBLE LELAKI
JOHAN : KELANTAN
N.JOHAN : TERENGGANU
KE-3 : JOHOR
KE-3 : WILAYAH

ANTARA DOUBLE WANITA
JOHAN : TERENGGANU
N.JOHAN : SABAH
KE-3 : SARAWAK
KE-3 : WILAYAH

ANTARA REGU WANITA
JOHAN : SABAH B
N.JOHAN : SABAH A
KE-3 : PERAK
KE-3 : SELANGOR

 

 

Pemenang-pemenang Anugerah Sukan Terengganu 2017

Selasa, 10 April 2018

Anugerah Sukan Terengganu 2017
Sekalung Tahniah Kepada Semua Pemenang

Olahragawan Negeri
Mohd Azizulhasni Bin Awang@Muda (Sukan Berbasikal)

Olahragawati Negeri
Fatehah Binti Mustapa (Sukan Berbasikal)

Olahragawan Harapan
Syed Akmal Fikri Bin Syed Ali (Sukan Petanque)

Olahragawati Harapan
Nur Iman Aina Binti Ahmad Sabti (Sukan Petanque)

Berpasukan Lelaki
Pasukan Terengganu Pro-Asia Cycling Team (TSG) Le Tour De Filipinas 2017

Berpasukan Wanita
Terengganu Ladies Hockey Team (TLHT)

Jurulatih Terbaik
Shahrul Fahmi Bin Abu Bakar@Harun (Sukan Pencak Silat)

Olahragawan Paralimpik
Zuhairie Bin Ahmad Tarmizi (Sukan Berbasikal)

Olahragawati Paralimpik
Nur Syahida Binti Tajudin (Sukan Berbasikal)

Persatuan Sukan Terbaik
Persatuan Judo Negeri Terengganu (TEJA)

Majlis Sukan Daerah Terbaik
Majlis Sukan Daerah Setiu

Tokoh Sukan
Dato' Haji Wan Nawawi Bin Ismail (Sukan Lawn Bowls)

Kepimpinan Sukan
A. Razak Bin Mat Amin (Sukan Gimnastik)

Jasamu Dikenang
Rani Bin Mustafa (Sukan Pencak Silat)
Zulkifli Bin Hamzah (Sukan Bola Sepak)
Muhamad@Mansor Bin Omar (Sukan Kanu)

Pegawai Persatuan Terbaik
Ahadi Bin Othman (Sukan Menembak)

 

 

ANUGERAH SUKAN TERENGGANU 2017

Isnin, 09 April 2018

ANUGERAH SUKAN TERENGGANU 2017

Tarikh : 9 April 2018
Tempat : Dewan Besar, Wisma Darul Iman
Masa : 8.00 malam

Saksikan secara langsung di channel Youtube MSNT TV di link https://www.youtube.com/channel/UC6NWBofq7zX3p1uZYe9NjCg

#winbackmission2018
#beautifulterengganu2018

 

 

11 atlet negara lepasi pusingan awal

Khamis, 05 April 2018

SERAMAI 11 atlet negara berjaya melepasi pusingan kelayakan pada Kejohanan Tenis 1st Terengganu Remaja ATF (Asian Tenis Federation) bawah 14 tahun 2018 yang mula membuka tirainya di Komplesk Sukan Tenis Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT), Padang Hiliran semalam.

Pengurusi kejohanan, Hashim Ibrahim berkata, saingan peringkat kelayakan yang bermula kelmarin itu menyaksikan hanya pasukan lelaki sahaja bertanding manakala bagi kategori wanita kesemua peserta layak ke pusingan utama.

Menurutnya, pusingan kelayakan menyaksikan sebanyak 16 peserta bertanding dan hanya lapan mara ke pusingan utama termasuk tujuh atlet negara melibatkan lima skuad pelapis kebangsaan.

“Untuk saingan pusingan utama yang bakal bermula esok (hari ini) sehingga Ahad ini seramai 64 atlet bakal berentap melibatkan 32 atlet lelaki dan 32 atlet wanita, manakala bagi acara bergu pula akan bermula Khamis ini.

“Walaupun kejohanan ini melibatkan kategori B14, namun saingan dijangka lebih sengit terutamanya melibatkan atlet-atlet luar negara khususnya dari Sweden, Hong Kong dan juga Jepun,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Makan Malam bersama atlet Kejohanan Tenis 1st Terengganu Remaja ATF B14 2018 di Permai Hotel di sini, malam tadi.

Mengulas lanjut, Hashim berkata, Hong Kong menghantar penyertaan paling ramai dengan lebih 20 atlet lelaki dan wanita dalam kejohanan yang berlangsung selama seminggu itu.

Katanya, sebaik menamatkan saingan di Terengganu, mereka akan meneruskan pertandingan di Sabah dalam siri kedua pada kejohanan yang sama.

“Ini merupakan pendedahan terbaik bagi atlet pelapis negara bukan sahaja untuk mengutip mata bahkan menimba pengalaman dalam kejohanan di peringkat antarabangsa.

“Jadi kita berharap atlet pelapis negara dapat mempamerkan aksi terbaik masing-masing untuk berada dalam kelompok terbaik kejohanan,” katanya.

Kejohanan yang julung kalinya dianjurkan Persatuan Tenis Terengganu (PTT) dengan kerjasama Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT) dan Persatuan Lawn Tenis Malaysia (LTAM) itu turut mendapat pengiktirafan Persekutuan Tenis Antarabangsa (ITF) dengan menyaksikan hampir 120 peserta bertanding.

Malah ia merupakan kejohanan kedua terbesar yang pernah dianjurkan PTT selepas kejayaan penganjuran Kejohanan Tenis Remaja Antarabangsa pada Mac tahun lalu dengan menerima penyertaan hampir 100 peserta.


Sumber : Sinar Harian Online, 4 April 2018

 

 

Terengganu pusat sukan berbasikal negara

Rabu, 04 April 2018

DUNGUN 29 Mac - Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin hari ini mengisytiharkan Terengganu sebagai pusat sukan berbasikal negara sejajar dengan sumbangan negeri ini yang terus melahirkan ramai atlet secara konsisten dan cemerlang di peringkat negara dan dunia.

Kedudukan itu akan diperkukuhkan lagi dengan kewujudan Velodrom Azizulhasni Awang bernilai RM12 juta di sini yang akan dibina tidak lama lagi dan dijangka siap pada penghujung tahun depan.

“Ramai sedia maklum pencapaian ramai atlet sukan kelahiran Terengganu yang konsisten sehingga mengharumkan nama negeri dan negara dalam pelbagai acara yang ditandingi.

“Saya ucap tahniah kepada Menteri Besar (Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman) kerana Terengganu cemerlang dan konsisten dalam sukan yang melahirkan ramai pelapis baharu sehingga ke jaguh dunia (Azizulhasni),”ujarnya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas majlis peletakan batu asas velodrom berkenaan di Balai Besar dekat sini petang ini yang disempurnakan oleh Menteri Besar, Ahmad Razif Abdul Rahman.

Yang turut hadir, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Datuk Mohd. Zubir Embong; Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Wan Nawawi Wan Ismail; Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia negeri, Datuk Rozi Mamat dan Pegawai Pembangunan Dungun, Datuk Din Adam.

Beliau menjelaskan velodrom dengan reka bentuk Velodrom Roubaix di Perancis itu diberi nama Velodrom Azizulhasni Awang sebagai penghargaan dan penghormatan kepada atlet kelahiran daerah ini yang mengharumkan nama negara dengan muncul sebagai jaguh pecut dunia.

Dalam masa yang sama, beliau juga mengumumkan pemberian geran berjumlah RM1 juta kepada Majlis Sukan Negeri) Terengganu bagi keperluan pembangunan sukan berbasikal di negeri ini.

Selain itu, Khairy memebritahu, kementeriannya menyumbangkan RM100,000 kepada pasukan basikal Terengganu (TSG) yang melakar sejarah merangkul jersi kuning sekali gus menjadi juara keseluruhan Le Tour De Langkawi buat pertama kalinya dalam sejarah kejohanan berprestij itu.


Sumber : Utusan Online, 29 Mac 2018

 

Papar berita seterusnya