Sidang DUN : Terengganu Sedia Pertahan Kejuaraan SUKMA

Oleh : Admin





Oleh : Adli Mohamad
 
KUALA TERENGGANU, 24 November - Terengganu bersedia untuk mempertahankan kejuaraan Sukan Malaysia (SUKMA) 2020 yang akan berlangsung di Johor pada tahun depan.
 
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, segala strategi dan perancangan telah dilaksanakan termasuk merangka pelan organisasi yang melibatkan seramai 100 orang pakar jurulatih dan pegawai-pegawai daripada 24 jenis sukan dipertandingkan.
 
 
“Ia diselia oleh seorang pakar daripada UITM bagi menyediakan satu program latihan berstruktur yang melibatkan semua komponen latihan di antaranya berkenaan latihan fizikal, latihan kemahiran dan pendedahan pertandingan.
 
“Kita juga telah menggabungkan antara strategi-strategi lama yang telah pun terbukti keberkesanannya sewaktu awal kita muncul juara keseluruhan (SUKMA 2018).
 
“Strategi-strategi yang baharu dan lama akan digabung untuk memberikan impak yang lebih tinggi bagi persiapan SUKMA 2020 yang kita jangkakan lebih mencabar berbanding 2018,” ujarnya.
 
Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Buluh Gading, Ridzuan Hashim pada Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri Terengganu Keempat Belas (Bajet 2020) di Wisma Darul Iman, hari ini.
 
Menurut beliau, Terengganu juga telah melancarkan ‘tag line’ baharu pada 9 April lalu bagi meningkatkan lagi semangat para atlet iaitu ‘2020 Victory Mission’.
 
“Kita percaya enam kunci utama bagi mengekalkan kejuaraan ialah pemilihan atlet yang tepat, komitmen dan penjagaan program latihan.
 
“Selain komponen latihan yang berkesan, ujian dan penilaian-penilaian yang berterusan serta sistem dan pelaksaan penetapan yang berkesan,” tambah beliau.
 
 
Sumber : TEGANUKITA

KEMBALI

Laman Web Rasmi MAJLIS SUKAN NEGERI TERENGGANU



Sidang DUN : Terengganu Sedia Pertahan Kejuaraan SUKMA

Oleh : Admin





Oleh : Adli Mohamad
 
KUALA TERENGGANU, 24 November - Terengganu bersedia untuk mempertahankan kejuaraan Sukan Malaysia (SUKMA) 2020 yang akan berlangsung di Johor pada tahun depan.
 
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, segala strategi dan perancangan telah dilaksanakan termasuk merangka pelan organisasi yang melibatkan seramai 100 orang pakar jurulatih dan pegawai-pegawai daripada 24 jenis sukan dipertandingkan.
 
 
“Ia diselia oleh seorang pakar daripada UITM bagi menyediakan satu program latihan berstruktur yang melibatkan semua komponen latihan di antaranya berkenaan latihan fizikal, latihan kemahiran dan pendedahan pertandingan.
 
“Kita juga telah menggabungkan antara strategi-strategi lama yang telah pun terbukti keberkesanannya sewaktu awal kita muncul juara keseluruhan (SUKMA 2018).
 
“Strategi-strategi yang baharu dan lama akan digabung untuk memberikan impak yang lebih tinggi bagi persiapan SUKMA 2020 yang kita jangkakan lebih mencabar berbanding 2018,” ujarnya.
 
Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Buluh Gading, Ridzuan Hashim pada Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri Terengganu Keempat Belas (Bajet 2020) di Wisma Darul Iman, hari ini.
 
Menurut beliau, Terengganu juga telah melancarkan ‘tag line’ baharu pada 9 April lalu bagi meningkatkan lagi semangat para atlet iaitu ‘2020 Victory Mission’.
 
“Kita percaya enam kunci utama bagi mengekalkan kejuaraan ialah pemilihan atlet yang tepat, komitmen dan penjagaan program latihan.
 
“Selain komponen latihan yang berkesan, ujian dan penilaian-penilaian yang berterusan serta sistem dan pelaksaan penetapan yang berkesan,” tambah beliau.
 
 
Sumber : TEGANUKITA

KEMBALI

Laman Web Rasmi MAJLIS SUKAN NEGERI TERENGGANU



Kejuaraan Piala Agong hadiah untuk rakyat Terengganu

Oleh : Admin





Oleh : Zuraimee Zainal

SKUAD ragbi Terengganu mendedikasikan kejuaraan Piala Agong yang dimenangi kepada seluruh rakyat negeri itu selepas menewaskan penyandang juara Sabah 26-24 pada aksi final di Stadium Universiti Putra Malaysia (UPM), baru-baru ini.


Pengurus skuad ragbi Terengganu, Che Mohd Zulkarnain Abdul Wahab mengakui kemenangan bersejarah itu tidak akan dicapai tanpa komitmen pemain, jurulatih, pengurusan dan sokongan padu rakyat negeri berkenaan.

“Alhamdulillah semuanya rezeki ALLAH SWT selepas tujuh tahun kami mencuba pada pertandingan ragbi Piala Agong.


“Ini kali ketiga Terengganu layak ke final dalam tempoh tujuh tahun. Sebelum ini pada 2014 kami tewas kepada Sabah, 2017 kami tewas kepada Johor dan tahun ini kami berjaya melunaskan dendam dengan menewaskan Sabah,” katanya.

Pada masa sama Che Mohd Zulkarnain mendedikasikan kemenangan itu kepada penaung Persatuan Ragbi Negeri Terengganu (PRNT), Yang Dipertuan Muda Terengganu, Tengku Muhammad Ismail Ibni Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin dan kerajaan Terengganu yang sentiasa memberi sokongan padu kepada kemajuan skuad ragbi negeri berkenaan.

Mengulas lanjut Che Mohd Zulkarnain juga memuji karakter dipamerkan pemain-pemain Terengganu yang tidak memandang rendah keupayaan Sabah bimbingan Bradley Moni Mika itu selain mengikuti setiap arahan jurulatih, Izaimi Zainuddin sepanjang kejohanan itu.

Menurutnya, semangat kerjasama berpasukan dalam kalangan pemain-pemain juga menjadi tunjang kekuatan pasukan berkenaan pada kali ini.

“Kami sudah membentuk keserasian sekian lama, ada dalam kalangan pemain-pemain sudah bersama sampai lima tahun.

“Selain itu kami memanfaatkan sepenuhnya tempoh empat rehat sebelum peringkat kalah mati bagi memperbaiki kelemahan pasukan pada peringkat kumpulan sebelum ini,” katanya.


© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Sumber : SINAR HARIAN

 

KEMBALI

Laman Web Rasmi MAJLIS SUKAN NEGERI TERENGGANU



Terengganu Atur Strategi Lonjak Prestasi Atlet - MB

Oleh : Admin





Oleh Husaif Mamat

MoU antara MSNT dan TATIUC bagi membangunkan sukan serta atlet di Terengganu.
 
KUALA TERENGGANU, 23 Oktober - Persefahaman bersama antara Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT) dan Kolej Universiti TATI (TATIUC) adalah strategi awal Terengganu untuk terus melonjakkan prestasi atlet negeri itu.
 
Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, pembangunan atlet tersebut tidak hanya tertumpu di medan sukan sahaja, tetapi kecemerlangan dalam bidang akademik mahupun kemahiran teknikal turut diutamakan.
 
Jelasnya, kerjasama yang pertama antara institusi sukan dengan pusat pengajian dan penyelidikan itu diharap mampu membangunkan sukan Terengganu ke peringkat lebih tinggi.
 
“Institusi penyelidikan ini (TATIUC) akan bertindak sebagai ‘research and development’ (RnD) dalam membangunkan sukan, di samping merangka program-program latihan dan seminar yang melibatkan sukan.
 
“Bahkan kerjasama antara MSNT dengan TATIUC ini akan membuka lebih banyak peluang kepada para atlet untuk menyambung pengajian mereka ke peringkat yang lebih tinggi,” katanya.
 
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara MSNT dan TATIUC di Damai Lounge, Wisma Darul Iman di sini hari ini.
 
Ahmad Samsuri mahu setiap atlet Terengganu cemerlang dalam sukan dan pendidikan.
 
Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Satiful Bahri Mamat, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah, Rektor TATIUC, Profesor Dr Anuar Ahmad dan Pengarah MSNT, Ibni Amin Busu.
 
Mengulas lanjut, Ahmad Samsuri memaklumkan, usaha berkenaan juga adalah sebagai persediaan bagi menghadapi Sukan Malaysia (SUKMA) pada tahun hadapan di negeri Johor.
 
Katanya, bagi peringkat permulaan kerjasama itu, kedua-dua pihak akan mengetengahkan atlet-atlet daripada sukan angkat berat.
 
“Projek ini kita mulakan dengan kemasukan atlet-atlet angkat berat terlebih dahulu. Sehingga kini seramai tujuh orang atlet lelaki telah diambil belajar, tiga orang dalam kursus diploma dan empat orang lagi mengikuti kursus kemahiran.
 
“Semoga projek ini akan merancakkan pembangunan sukan di negeri kita dengan adanya atlet mahir, cekap dan berpendidikan,” tambah beliau.
 
 
Sumber : TEGANUKITA
 
 

 

KEMBALI

Laman Web Rasmi MAJLIS SUKAN NEGERI TERENGGANU



Oleh : Admin





KEMBALI

Laman Web Rasmi MAJLIS SUKAN NEGERI TERENGGANU



Tender Velodrom Azizulhasni Awang Dibuka Bulan Ini

Oleh : Admin





Oleh : Suhaimi Taib

DUNGUN, 15 Oktober - Peminat sukan negeri Terengganu mendapat berita gembira apabila Velodrom Azizul Awang di Balai Besar di sini mula ditender secara terbuka mulai bulan ini.
 
Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Steven Sim Chee Keong berkata, velodrom yang dirancang sejak 10 tahun lalu itu dijangka akan siap dua tahun dari sekarang.
 
"Projek velodrom bernilai RM14 juta itu sudah masuk tender dan dilaksanakan melalui tender terbuka.
 
 
Steven Sim Chee Keong.

"Tender dibuat bulan ini dan prosesnya sudah dimulakan, kita (kerajaan) harap menjelang bulan Disember tahun ini, kerja-kerja pembinaan boleh dimulakan dan dalam masa dua tahun lagi projek itu dijangka siap.

 
"Jadi saya rasa ini satu berita baik buat orang Terengganu dalam sukan berbasikal," jelasnya.
 
Beliau berkata demikian pada sidang media sempena Pelancaran Sambutan Bulan Sukan Negara Peringkat Negeri Terengganu 2019 di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Terengganu Kampus Dungun di sini hari ini.
 
Turut hadir dalam sidang itu, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah dan Rektor UiTM Cawangan Terengganu Kampus Dungun, Prof Madya TS Dr Mazidah Puteh.
 
Ustaz Wan Sukairi (kiri) dan Steven Sim (dua dari kanan) beriringan menuju ke pentas pelepasan pelumba basikal antarabangsa 'The Inaugural Tour of Peninsular (ToP)' di Dungun hari ini.    
Steven Sim mengharapkan projek itu berjaya dilaksanakan dalam tempoh tersebut dan dijangkakan perasmiannya akan disempurnakan oleh Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman bersama Ustaz Wan Sukairi.
 
"Moga-moga Exco Belia dan Sukan ada lagilah, mungkin dia naik pangkat mana tahu dan harap menteri yang sama ada lagi, kita akan merasmikan sama-sama velodrom baru di sini dalam masa dua tahun mulai sekarang," ujarnya.
 
Menurut beliau, Terengganu sebuah negeri yang terkenal dengan kehebatan dalam sukan berbasikal.
 
"Tak kiralah basikal trek ataupun basikal 'highway', ada pasukan terkenal seperti TSG  (Terengganu Cycling Team) dan juga atlet negara seperti saudara Azizulhasni Awang.
 
"Jadi saya percaya dengan adanya fasiliti ataupun kemudahan ini, kita akan berupaya melahirkan lebih ramai lagi juara atlet seperti saudara Azizulhasni," ujarnya.
 
Sumber : TEGANUKITA
 
Ustaz Wan Sukairi (tengah kiri) dan Steven Sim (tengah kanan) melepaskan pelumba basikal antarabangsa 'The Inaugural Tour of Peninsular (ToP)' di Dungun hari ini.

KEMBALI

Laman Web Rasmi MAJLIS SUKAN NEGERI TERENGGANU



37 Peserta Bersaing Rebut Hadiah Utama Piala Sultan Mizan 2019

Oleh : Admin





KUALA TERENGGANU, 12 Oktober - Peserta dari Hong Kong, Australia, Singapura, Thailand dan Malaysia mewarnai Kejohanan Kuda Lasak Piala Sultan Mizan 2019 di Taman Endurance Antarabangsa Terengganu (TIEP) di Lembah Bidong, di sini hari ini.
 
Kejohanan edisi ke-12 itu disertai 37 peserta lelaki dan wanita termasuk dua pelumba handalan kebangsaan kelahiran Terengganu, Mohd Faris Haikal Mohd Hassan Sa'ari dan Azizatul Asma Datuk Abdullah.
 
Perlumbaan dalam acara CEI 2* itu melalui jarak sejauh 120 Kilometer dan dijangka akan berakhir pada pukul 5 pagi esok.
 
Majlis pelepasan peserta bagi acara berkenaan disempurnakan sendiri Menteri Besar, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar tepat jam 5.00 petang tadi yang turut dihadiri Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah.
 
Sementara itu, Mohd Faris yang bernombor 41 dengan kudanya yang diberi nama JQ Tuan Junior pastinya mahu menebus kehampaan tahun lalu apabila sekadar menjadi naib juara selepas tewas kepada Mohammad Fuad yang juga atlet Sukan SEA negara.
 
Dalam pada itu, Azizatul Asma yang menunggang kuda diberi nama M Traful pula antara peserta pilihan untuk merebut kejuaraan pada kali ini setelah Mohammad Fuad tidak beraksi dalam pertandingan.
 
Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin dijangka mencemar duli esok bagi acara penyampaian hadiah buat para pemenang.
 
Kejohanan yang menawarkan banyak hadiah menarik itu bermula sejak semalam dengan pelbagai acara sampingan termasuk sukan rakyat dan ‘street soccer’.
 
Sumber : TEGANUKITA

KEMBALI

Laman Web Rasmi MAJLIS SUKAN NEGERI TERENGGANU



Kuala Terengganu Juara Keseluruhan SUTERA 2019

Oleh : Admin





KUALA NERUS, 9 September - Temasya Sukan Terengganu (SUTERA) 2019 diungguli oleh Kontinjen Daerah Kuala Terengganu dengan pungutan pingat 34 Emas, 15 Perak dan 18 Gangsa.
 
Kenyataan media Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT) yang diedarkan di Stadium Tertutup Gong Badak di sini malam ini menyebut bahawa kontinjen itu juga meraih gelaran Juara Keseluruhan dengan membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM70,000, Piala Pusingan dan Piala Iringan.
 
Manakala Naib Johan Keseluruhan dimenangi oleh Kontinjen Daerah Kuala Nerus dengan pungutan pingat 19 Emas, 17 Perak, 21 Gangsa serta membawa hadiah wang tunai RM45,000 dan Piala Iringan.
 
'Kami Juara!'... Kontinjen Kuala Terengganu muncul Juara Keseluruhan SUTERA 2019.
Kenyataan itu menyebut lagi bahawa Kontinjen Daerah Dungun hanya berpuas hati di tempat ketiga keseluruhan dengan mengutip pingat 11 Emas, 16 Perak dan 14 Gangsa serta membawa pulang Piala Iringan dan Hadiah Wang Tunai RM15,000.
 
Anugerah Olahragawan dan Olahragawati SUTERA 2019 juga turut dibolot oleh atlet dari Kontinjen Kuala Terengganu.
 
Anugerah Olahragawan dinobatkan kepada Abdul Wafiy Roslan kerana berjaya meraih Empat Pingat Emas dalam Sukan Olahraga bagi Acara 200 Meter (M), 400 M, 4 X 100 M dan 4 X 400 M.
 
Abdul Wafiy (kanan) menerima hadiah  sebagai Olahragawan SUTERA 2019 dari Ustaz Wan Sukairi (dua dari kiri).
Sementara Olahragawati pula disandang oleh Ezzati Fifiyana Shazwanie Hisham yang cemerlang dalam Sukan Berbasikal dengan memenangi Lima Pingat dari Lima Acara yang dipertandingkan termasuk Tiga Emas bagi Acara 500 M Ujian Masa (Time Trial), Lepas Beramai-ramai Individu dan Kriterium serta Dua Perak masing-masing bagi Acara 100 M, 200 M, 4 X 100 M dan 4 X 400 M.
 
"Ini melayakkan beliau bergelar Ratu Pecut SUTERA 2019. Kedua-dua atlet itu masing-masing membawa Pulang Piala Iringan dan Hadiah Tunai sebanyak RM1,000 seorang," jelas kenyataan itu.
 
Ezzati Fifiyana Shazwanie (kanan) menerima hadiah sebagai Olahragawati SUTERA 2019 dari Ustaz Wan Sukairi (dua dari kiri).
Temasya SUTERA 2019 ditutup dengan Upacara menurunkan Bendera Kejohanan dan penyerahan bendera itu serta Buku Manual Pengelolaan SUTERA kepada Majlis Sukan Daerah Kuala Nerus yang bakal menjadi Tuan Rumah SUTERA 2021.

Sumber: teganukita.net 

KEMBALI

Laman Web Rasmi MAJLIS SUKAN NEGERI TERENGGANU



Terengganu Sasar 70 Peratus Sukan Patuh Syariah

Oleh : Admin





KUALA NERUS, 10 September - Kerajaan negeri meletakkan sasaran antara 60 hingga 70 peratus aktiviti sukan patuh syariah di negeri Terengganu di masa akan datang.


 

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan negeri, Hishamuddin Abdul Karim berkata, beliau percaya untuk mencapai seratus peratus kesempurnaan, amalan tersebut agak sukar namun tidak mustahil target berkenaan boleh dicapai.


 

"Oleh kerana kita berusaha untuk patuh syariah dalam aktiviti sukan walaupun tidak mencapai seratus peratus, paling tidak, kita dapat mencapai 60 hingga 70 peratus.


 

"Itu adalah satu perkembangan yang sangat positif untuk kita kembangkan pada masa yang akan datang," jelasnya.


 

Katanya, sasaran itu tidak berjaya dicapai melainkan mendapat sokongan daripada semua warga sukan negeri Terengganu termasuk kepimpinan sukan dan atlet-atlet dari kalangan rakyat negeri Terengganu sendiri.


 

Hishamuddin berkata demikian ketika berucap di Majlis Penutup Temasya Sukan Terengganu (SUTERA) 2019 di Stadium Tertutup Gong Badak, di sini semalam.


 

Turut hadir,Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan negeri, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah, Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Ahli-ahli Parlimen, Pegawai-pegawai Daerah dan Pengarah Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT), Ibni Amin Busu.


 

Beliau yang juga ADUN Tepoh berkata, apa yang perlu dibuat adalah semua pihak perlu berusaha gigih untuk tunduk dan patuh kepada ajaran Allah walaupun berada di dalam gelanggang sukan.


 

"Saya percaya dan saya yakin kita tidak akan dapat mencapai seratus peratus kesempurnaan, apatah lagi bengkel yang dibentuk untuk memberikan garis panduan patuh syariah ini belum lagi lengkap disiapkan oleh pihak jawatankuasa kita.


 

"Insya-Allah sedikit masa nanti akan diterbit dan ditampilkan (garis panduan tersebut) kepada semua berdasarkan kepada nasihat Sahibus Samahah Dato' Mufti Negeri Terengganu yang terlibat sama dalam bengkel yang kita adakan tempoh hari," tambahnya.


 

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada beberapa atlet bukan Islam yang terlibat dalam temasya sukan tersebut.


 

"Mereka telah menampilkan imej yang sopan, dalam masa yang sama mereka juga berusaha gigih untuk patuh syariah seperti yang kita terap.


 

"Bagi atlet yang belum lagi bersedia, marilah kita sama-sama bergerak dan mengatur langkah bagi memulakan perubahan dengan meletakkan tanggungjawab kita kepada Allah mengatasi segala-galanya walaupun untuk kita meraih emas dan seumpamanya," ujarnya lagi.

 

KEMBALI

Laman Web Rasmi MAJLIS SUKAN NEGERI TERENGGANU



Kerajaan Teliti Prestasi Atlet SUTERA 2019

Oleh : Admin





KUALA NERUS, 10 September - Kerajaan negeri sedang berusaha untuk mendapatkan maklumat prestasi atlet Sukan Terengganu (SUTERA) 2019 termasuk mengenal pasti kejayaan mereka memecah rekod sukan di mana-mana peringkat.


 

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan negeri, Ustaz  Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, kerajaan negeri sedang mengumpul maklumat mengenai prestasi tersebut dan perkara ini akan diketahui sedikit masa lagi.


 

Beliau berkata demikian ketika bercakap kepada media selepas merasmikan Majlis Penutup Temasya SUTERA 2019 di Stadium Tertutup Gong Badak di sini semalam.


 

Turut hadir, Pengarah Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT), Ibni Amin Busu.


 

Sementara itu, dalam satu kenyataan media, MSNT merekodkan sebanyak 312 pingat berjaya dirangkul atlet SUTERA kali ini termasuk masing-masing 96 Emas dan Perak serta 120 Gangsa selepas penutupan temasya itu semalam.


 

Dari jumlah itu, kontinjen Kuala Terengganu memperolehi 67 pingat termasuk 34 Emas, 15 Perak dan 18 Gangsa sekali gus muncul Juara Keseluruhan kejohanan itu.


 

Kuala Nerus pula mengondol 57 pingat termasuk 19 Emas, 17 Perak dan 21 Gangsa, meletakkan kontinjen itu sebagai Naib Juara Keseluruhan.


 

Sementara Dungun mengutip 41 pingat termasuk 11 Emas, 16 Perak dan 14 Gangsa meletakkan kontinjen itu di tempat ketiga.

 

KEMBALI

Laman Web Rasmi MAJLIS SUKAN NEGERI TERENGGANU



SUTERA TERENGGANU: ZULFIQAR, NURUL DINOBAT RAJA DAN RATU PECUT SUTERA 2019

Oleh : Admin





KUALA NERUS, 7 September- Atlet Majlis Sukan Daerah (MSD) Setiu, Muhammad Zulfiqar Ismail dan Nurul Wardatul Huwaida Mohd Hamka yang mewakili MSD Kuala Nerus dinobatkan sebagai raja dan ratu pecut Sukan Terengganu (SUTERA) edisi pertama bagi tahun 2019.
 
Zulfiqar yang juga atlet kebangsaan mengekalkan penguasaannya walaupun bersaing hebat dalam acara berkenaan apabila menewaskan pesaing dari Kuala Nerus, Muhammad Hasrul Nazmi Badrul dan Ruslem Zikry Putra Roseli dari Kuala Terengganu.
 
Lebih menarik, ketiga-tiga mereka mencatatkan masa larian 10.3s dalam saingan tersebut, semalam.
 

 

 
Bagi kategori wanita, Nurul mencatatkan masa larian 11.8s untuk meraih pingat Emas mengatasi atlet Dungun, Nurul Alyssa Azman (11.9s) di tempat kedua dan atlet Setiu, Siti Nur Zullaika Ramli (11.9s) yang memungut Gangsa.
 
Catatan tersebut menjadikan Nurul sebagai pencabar baharu buat ratu pecut Sukan Malaysia (SUKMA) kelahiran Terengganu, Azreen Nabila Alias yang mencatatkan masa terpantas 11.81s di Ipoh, tahun lalu.
 

 

SUMBER: teganukita.net

KEMBALI

Laman Web Rasmi MAJLIS SUKAN NEGERI TERENGGANU



Sukan Terengganu 2019 Buka Tirai

Oleh : Admin





KUALA NERUS, 7 September - Temasya Sukan Terengganu (SUTERA) 2019 membuka tirai secara rasmi dengan penuh gilang gemilang di Stadium Mini Olahraga, Kompleks Sukan Negeri Terengganu, di sini malam tadi.
 
Perasmian kejohanan dwi-tahunan itu disempurnakan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah tepat jam 9.00 malam dengan lafaz perasmian disusuli gimik penyerahan baton.
 
Ribuan penonton dan penyokong setiap pasukan bertanding hadir seawal jam 7.00 petang bagi menyaksikan temasya bersejarah itu.
 
Hadir sama, Ahli-Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO negeri, Hishamuddin Abdul Karim serta Pegawai-Pegawai Majlis Sukan Negeri.
Gimik penyerahan baton dijayakan oleh atlet-atlet kelahiran Terengganu yang berjaya di peringkat antarabangsa.
Lintas hormat itu dijayakan 2110 atlet dan pegawai daripada sembilan kontinjen yang diketuai oleh Kuala Terengganu, diikuti Kemaman, Dungun, Besut, Hulu Terengganu Marang, Setiu, Kuala Nerus, dan Kelantan selaku kontinjen jemputan.
 
SUTERA 2019 berlangsung dari 5 hingga 9 September melibatkan 96 acara dengan menawarkan 319 pingat keseluruhan daripada 13 jenis sukan.
 
Penganjuran SUTERA 2019 adalah kali pertama selepas kali terakhir dianjurkan pada tahun 2007 yang lalu.
 
Sumber : Teganukita.net

KEMBALI

Laman Web Rasmi MAJLIS SUKAN NEGERI TERENGGANU



KUALA NERUS UNGGULI HARI KEDUA

Oleh : Admin





Kuala Nerus Ungguli Hari Kedua

Kuala Nerus mengungguli pungutan pingat hari kedua temasya SUTERA 2019 dengan memenangi 5 Emas 4 Perak 3 Gangsa.



2 emas daripada Lawn Bowls, 1 masing-masing daripada Olahraga, Berbasikal dan Tenpin Bowling menjadikan keseluruhan 5 Emas 4 Perak 3 Gangsa.

KEMBALI

Laman Web Rasmi MAJLIS SUKAN NEGERI TERENGGANU



PEMBUKAAN RASMI SUTERA 2019

Oleh : Admin





Pembukaan Rasmi Sutera 2019

Pembukaan rasmi SUTERA 2019 akan diadakan pada 6hb September 2019 oleh YB Wan Sukairi Wan Abdullah, Exco Pembangunan Belia, Sukan dan NGO Negeri Terengganu di Mini Stadium MSNT bermula jam 8:45 malam.

Acara-acara akhir 6hb September 2019 :

KEMBALI

Laman Web Rasmi MAJLIS SUKAN NEGERI TERENGGANU



Dungun Menang Pingat Emas Pertama SUTERA 2019

Oleh : Admin





Dungun Menang Pingat Emas Pertama SUTERA 2019


Dungun memenangi pingat emas pertama SUTERA 2019 melalui atletnya Kee Zhe Yie yang memenangi emas acara Ujian Masa Perseorangan Lelaki di Komplek Usahawan Terengganu sebentar tadi. Acara Ujian Masa Perseorangan Wanita pula dimenangi oleh atlet Marang, Siti Nur Adibah.


Keputusan Penuh :

Ujian Masa Perseorangan Lelaki

1 . Kee Zhe Yie - Dungun
2 . Muhammad Shahmir Aiman - Kuala Terengganu
3 . Mohammad Afiq Iskandar - Setiu

Ujian Masa Perseorangan Wanita

1 . Siti Nur Adibah Akma - Marang
2 . Ezzatie Fifiyana - Kuala Terengganu
3 . Siti Nur Alia Mansor - Kuala Nerus

KEMBALI

Laman Web Rasmi MAJLIS SUKAN NEGERI TERENGGANU



SUKAN TERENGGANU (SUTERA) 2019

Oleh : Admin





SUKAN TERENGGANU (SUTERA) 2019

Bermula 5hb hingga 9hb September 2019, SUTERA 2019 akan berlangsung di venue-venue sekitar Komplek Sukan Gong Badak, Kuala Nerus.

Sukan dan Venue yang dipertandingkan :
1Badminton 5 - 7 September 2019 Stadium Negeri, K Trg
2Berbasikal 5 - 9 September 2019 Komplek Sukan Neg Trg
3Bola Jaring 6 – 9 September 2019 Komplek Sukan Neg Trg
4Bola Sepak 5 – 9 September 2019 Komplek Sukan Neg Trg
5Olahraga 6 – 8 September 2019 Stadium Olahraga UMT
6Pencak Silat 5 – 9 September 2019 Gerbang Sukan MSNT
7Sepak Takraw 5 – 8 September 2019 Dewan Serbaguna MSNT
8Bola Tampar 5 – 7 September 2019 Dewan Bola Tampar UMT
9Lawn Bowls 5 – 9 September 2019 Komplek Sukan Neg Trg
10Petanque 5 – 9 September 2019 Gelanggang Petanque MSNT
11Ping Pong 6 – 7 September 2019 Dewan Serbaguna Tok Jembal
12Tenis 7 – 8 September 2019 Komplek Tenis MBKT
13Tenpin Bowling 5 – 9 September 2019 Coral Crown Bowl (CCB), K Trg

Acara-acara akhir 5hb September 2019
Berbasikal Ujian Masa Perseorangan (Lelaki) Komplek Usahawan Terengganu
Berbasikal Ujian Masa Perseorangan (Wanita) Komplek Usahawan Terengganu
Petanque Shooting Lelaki Gelanggang Petanque MSNT
Bola Sepak Shooting Wanita Gelanggang Petanque MSNT

KEMBALI

Laman Web Rasmi MAJLIS SUKAN NEGERI TERENGGANU



TERENGGANU SUKAR DIGUGAT

Oleh : Admin





Kejohanan Judo Remaja Kebangsaan edisi ke 24 yang dilangsungkan di Kompleks Sukan Negeri Terengganu pada 17 dan 18 Ogos 2019 menyaksikan Kontinjen Terengganu beraksi cemerlang apabila menggondol piala Juara Keseluruhan yang disumbangkan YB. Ustaz Ariffin bin Deraman, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat Negeri Terengganu yang merupakan penaung kepada Persatuan Judo Negeri Terengganu (TEJA). Peluang bertanding di laman sendiri ternyata dimanfaat sepenuhnya atlet Terengganu dengan mempamerkan prestasi terpuji sehingga tidak mampu digugat oleh mana-mana pasukan yang bertanding.



Dengan dibarisi 54 atlet, Terengganu berjaya membawa pulang 52 pingat keseluruhan iaitu 22 pingat Emas selain 12 Perak dan 18 Gangsa meninggalkan jauh pasukan-pasukan lain di belakang. Pesaing terdekat, P.Pinang mendapat 14 Emas, 14 Perak, 1 Gangsa manakala Sek. Sukan Tunku Mahkota Ismail memperoleh 8 Emas, 9 Perak, 4 Gangsa.
Pingat Emas Terengganu bagi kategori B21 disumbangkan oleh Muhammad Syameer, Muhammad Izham, Muhammad Nur Muizuddin, Fakhrul Adam, Alyaa Yasmeen dan Nur Ain Hafieza.



Ali Tengah selaku pengurus pasukan ketika dihubungi berkata, atlet Terengganu berada dalam prestasi terbaik melalui persiapan rapi yang dilakukan oleh barisan jurulatih yang diberi tanggungjawab, diketuai oleh Marjan Abdullah.

“Terima kasih dan tahniah saya ucapkan kepada semua atlet yang telah berjuang bermati-matian sehingga berjaya meletakkan nama Terengganu di tahap yang tertinggi dan merebut piala Juara Keseluruhan kejohanan ini. Namun begitu, kita tidak harus leka malah menjadikan kejayaan ini sebagai pembakar semangat untuk melipatgandakan usaha supaya mencapai prestasi terbaik di SUKMA Johor 2020 nanti”.

Kejohanan yang disertai oleh 319 atlet daripada 11 pasukan pada kali ini mempertandingkan 4 kategori umur iaitu B21, B17, B14 dan B12 tahun. Terengganu muncul juara 3 kategori manakala bagi kategori B12 tahun yang disertai oleh 3 atlet negeri, atlet Terengganu mendapat 1 Emas dan 1 Gangsa dengan menghuni tangga ketiga bagi kategori tersebut.

Sementara itu Presiden TEJA, Wan Mohd Hamidi Wan Harun ketika mengulas pencapaian pasukan, ternyata bangga dengan prestasi yang dipamerkan atlet negeri. Beliau bersyukur kerana penganjuran kali ini berjaya dikelola dengan baik tanpa sebarang masalah. Beliau turut mengucapkan berbanyak terima kasih terutama kepada YB. Ustaz Ariffin bin Deraman, Majlis Sukan Negeri Terengganu, Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu dan Majlis Sukan Negara Malaysia yang memberikan bantuan material serta khidmat nasihat penganjuran.

“Setinggi-tinggi terima kasih kepada semua pihak yang terlibat termasuklah penaja, pengamal media serta pengurusan KSNT yang sangat banyak membantu menjayakan kejohanan ini”, kata beliau.

Sumber : MOHD NOOR YUSOF

KEMBALI