Terma Penggunaan

BERIKUT MERUPAKAN TERMA DAN SYARAT KEAHLIAN :

Sila baca dan fahamkan terma dan syarat berikut yang terpakai terhadap akses anda ke
portal www.terengganu.gov.my (selepas ini dirujuk sebagai "Portal") dan penggunaan
perkhidmatan seperti yang diperuntukkan (selepas ini dirujuk sebagai "Perkhidmatan"). Anda
adalah terikat dengan terma dan syarat berikut sekiranya anda mengakses Portal dan
Perkhidmatan. Sekiranya anda tidak bersetuju dengan terma dan syarat ini anda hendaklah
menghentikan akses dan Perkhidmatan ini dengan SEGERA. Akses Portal dan penggunaan
Perkhidmatan adalah tertakluk kepada terma dan syarat berikut pada setiap masa.

1. DEFINISI
"Pengguna Umum Berdaftar" ertinya mana-mana orang yang berdaftar dengan Terengganu.gov.my
dan mempunyai ID Pengguna; "Akaun T-eG" ertinya akaun untuk Pengguna Umum yang mendaftar
secara "online" di portal www.terengganu.gov.my bagi membolehkan mereka mempunyai akses
atau mengguna perkhidmatan internet yang tersedia di Portal tersebut; "ID Pengguna"
ertinya nama pengenalan antara 5 - 40 aksara abjad angka (alphanumeric character) yang
digunakan oleh Pengguna Umum Berdaftar untuk akses Akaun T-eG mereka; "Kata Laluan"
ertinya 5 - 30 aksara abjad angka (alphanumeric character) yang diketahui secara peribadi
digunakan bersama ID Pengguna untuk tujuan pengesahan akses Akaun T-eG; "UPMN" ertinya
Unit Pengurusan Maklumat Negeri yang mengendalikan Portal www.terengganu.gov.my ini;
"Terengganu.gov.my" ertinya portal Kerajaan Negeri Terengganu; "My Page" ertinya laman
persendirian Pengguna Umum Berdaftar yang menyenaraikan perkhidmatan-perkhidmatan internet
yang ditawarkan oleh Portal www.terengganu.gov.my yang diakses oleh Pengguna Umum
Berdaftar mengikut terma dan syarat ditetapkan; "Perkhidmatan Internet" ertinya kemudahan,
produk dan perkhidmatan yang diberikan oleh Terengganu.gov.my dan/atau Jabatan dan Agensi
Negeri melalui Portal www.terengganu.gov.my dari semasa ke semasa; "Jabatan dan Agensi
Negeri" ertinya pihak yang turut menyediakan kemudahan e-Perkhidmatan dan ePayment melalui
Portal www.terengganu.gov.my;

2. ID PENGGUNA DAN KATA LALUAN
Akaun T-eG diakses dengan menggunakan ID Pengguna (tertakluk kepada perihal tersedia) dan
Kata Laluan pilihan anda. Anda bersetuju tidak akan berkongsi ID Pengguna dan Kata Laluan
anda dengan mana-mana orang. Anda adalah bertanggungjawab terhadap penggunaan ID Pengguna
dan Kata Laluan untuk apa-apa transaksi berhubung dengan akaun T-eG oleh anda atau
mana-mana orang samada orang tersebut mendapat kebenaran anda ataupun tidak. Pihak
Kerajaan Negeri Terengganu tidak akan bertanggungjawab terhadap apa-apa kerugian dan/atau
kemudaratan yang anda alami akibat daripada penggunaan tanpa kebenaran atau penyalahgunaan
ID Pengguna atau Kata Laluan.

3. PENAMATAN
Kerajaan Negeri Terengganu adalah berhak untuk menamatkan keseluruhan atau sebahagian
Perkhidmatan pada bila-bila masa dan atas apa-apa jua sebab pun serta merta tanpa memberi
notis kepada anda sekiranya anda telah melanggar mana-mana terma dan syarat ini atau
mengingkari hak Kerajaan Negeri Terengganu, pengguna lain, mana-mana pihak ketiga atau
melakukan tindakan yang melanggar undang-undang.

4. CAJ/YURAN
Kerajaan Negeri Terengganu tidak akan mengenakan apa-apa caj bagi akses anda ke Portal
atau untuk penggunaan akaun T-eG dan anda bersetuju dan mengakui bahawa Kerajaan Negeri
Terengganu berhak dan mempunyai budibicara mutlak untuk mengenakan apa-apa caj bagi
Perkhidmatan ini atau mana-mana perkhidmatan lain atau sebahagiannya yang akan dikenakan
pada bila-bila masa di masa akan datang. Kerajaan Negeri Terengganu hendaklah memberikan
notis pilihan terlebih dahulu bagi tujuan tersebut. Sebarang caj yang dikenakan oleh pihak
bank/payment gateway apabila pemegang akaun membuat pembayaran secara online adalah
menjadi tanggungjawab pemegang akaun sendiri.

5. MAKLUMAT SULIT
Kerajaan Negeri Terengganu hendaklah tidak mengubah atau mendedahkan maklumat sulit
melainkan Kerajaan Negeri Terengganu dikehendaki berbuat demikian selaras dengan
peruntukan undang-undang atau peraturan untuk melindungi hak dan harta Kerajaan Negeri
Terengganu, menguatkuasakan mana-mana terma dan syarat ini dalam memberikan Perkhidmatan
kepada anda atau menjawab apa-apa tuntutan yang mana kandungannya melanggari hak pihak
lain.

6. HYPER RANGKAI
Hyper rangkai dari atau ke laman web di luar Portal ini hanya bertujuan untuk memudahkan
sahaja. Hyper rangkai laman web tersebut dimiliki dan dilaksanakan oleh pihak ketiga yang
mana di luar kawalan Kerajaan Negeri Terengganu. Kerajaan Negeri Terengganu hendaklah
tidak bertanggungjawab dan tidak memberi jaminan terhadap kandungan, pihak ketiga yang
dinamakan atau produk dan perkhidmatan mereka yang terkandung di dalam laman web tersebut.
Hyper rangkai yang diberikan di dalam Portal ini hendaklah tidak dianggap sebagai
pengesahan atau verifikasi atau kelulusan hyper rangkai laman web tersebut atau
kandungannya. Penggunaan hyper rangkai ke mana-mana laman web lain adalah atas risiko anda
sendiri dan Kerajaan Negeri Terengganu hendaklah tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa
kerugian berhubung dengan penggunaan hyper rangkai tersebut.

7. HAK HARTA INTELEKTUAL
Melainkan diperuntukkan sebaliknya, hak harta intelektual terhadap Portal ini isi
kandungannya termasuk dan tidak terhad kepada teks, imej, grafik, fail bunyi, fail
animasi, fail video dan susunannya adalah harta Kerajaan Negeri Terengganu dan dilindungi
oleh undang-undang harta intelektual Malaysia atau antarabangsa yang terpakai. Tiada
mana-mana bahagian Portal ini boleh dipinda, disalin, diedarkan, dihantar semula,
ditayang, ditonton, dipamirkan, dilaksanakan, dikeluarkan semula, disiarkan, dilesenkan,
dipindahkan, dijual atau digunakan secara komersil dalam apa-apa keadaan tanpa kebenaran
bertulis Kerajaan Negeri Terengganu. Anda adalah dilarang daripada memasukkan "hyperlink"
ke Portal ini pada mana-mana laman web lain, atau meniru apa-apa kandungan Portal ini pada
mana-mana 'server'. Mana-mana terbitan, hantaran semula atau cetakan dan pindaan lain
kandungan Portal Kerajaan Negeri Terengganu boleh menyebabkan pelanggaran hak statutori
atau undang-undang yang mungkin tertakluk kepada tindakan undang-undang. Kerajaan Negeri
Terengganu tidak akan bertanggungjawab terhadap kesemua liabiliti yang mungkin timbul
akibat daripada penerbitan semula yang tidak dibenarkan atau penggunaan kandungan Portal
Kerajaan Negeri Terengganu.

8. INDEMNITI
Anda hendaklah dengan ini bersetuju untuk menanggung rugi sepenuhnya dan tidak melibatkan
pegawai Kerajaan Negeri Terengganu, terhadap apa-apa tanggung rugi, kerugian, perbelanjaan
dan kos (termasuklah kos perundangan dan perbelanjaan yang telah dibayar) yang mungkin
dialami atau ditanggung secara langsung atau tidak langsung berhubung dengan atau akibat
daripada pelanggaran mana-mana terma dan syarat ini oleh anda.

9. PENEPIAN
Di dalam keadaan Kerajaan Negeri Terengganu gagal atau cuai untuk menguatkuasakan
mana-mana peruntukan atau remedi di bawah terma dan syarat ini atas apa jua sebab, ini
tidak akan mengenepikan hak Kerajaan Negeri Terengganu untuk menguatkuasakan atau
mengenepikan hak terhadap mana-mana pelanggaran yang berterusan mana-mana terma dan syarat
ini oleh anda.

10. PENGECUALIAN LIABILITI
Kerajaan Negeri Terengganu dan/atau agennya hendaklah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa
kerugian, kecederaan atau kerosakan terhadap anda yang timbul samada dalam kontrak, tort,
kecuaian, "strict liability" atau atas dasar-dasar lain termasuk tetapi tidak terhad
kepada langsung atau tidak langsung apa-apa tanggungrugi atau kehilangan keuntungan atau
simpanan yang timbul berhubung dengan akses atau penggunaan Perkhidmatan atau
ketidakdapatan untuk akses atau mengguna Portal (atau mana-mana "hyperlink" pihak ketiga
kepada atau daripada Portal Kerajaan Negeri Terengganu), kepercayaan terhadap maklumat
yang terkandung di dalam Portal ini, dan di dalam keadaan perkakasan, perisian gagal
berfungsi, gangguan, kesilapan, tertinggal, kelewatan di dalam operasi, virus komputer dan
sebagainya. Klausa peruntukan pengecualian ini hendaklah berkuatkuasa setakat dibenarkan
di bawah undang-undang.

11. PINDAAN
Kerajaan Negeri Terengganu hendaklah berhak dan mempunyai budibicara mutlak untuk
mengubahsuai (termasuklah menghad, mengganti atau memotong) Portal ini, Perkhidmatan ini
dan kandungan atau bahagiannya dan juga berhak untuk menamatkan atau menghad akses dan
atau penggunaanya pada bila-bila masa dan notis bertulis berkenaan pindaan atau ubahsuai
tersebut akan dimaklumkan kepada anda dalam apa jua bentuk dan cara yang ditetapkan oleh
Kerajaan Negeri Terengganu. Terma-terma dan syarat-syarat ini adalah tidak muktamad.
Kerajaan Negeri Terengganu hendaklah mempunyai hak mutlak untuk menambah, membuang atau
meminda terma-terma dan syarat-syarat ini pada bila-bila masa dengan terlebih dahulu
memberikan notis bertulis kepada anda dalam bentuk dan cara yang ditentukan oleh Kerajaan
Negeri Terengganu.

12. UNDANG-UNDANG YANG TERPAKAI
Terma-terma dan syarat-syarat ini hendaklah bagi semua maksud dan tujuan tertakluk kepada
dan ditafsirkan selaras dengan Undang-Undang Malaysia.

13. PENGGUNAAN DATA
Anda mengetahui dan membenarkan Kerajaan Negeri Terengganu mengumpul atau menyimpan
apa-apa maklumat peribadi atau apa-apa maklumat tentang anda untuk digunakan dalam
Perkhidmatan ini.

14. PENGHANTARAN MELALUI E-MEL ATAU INTERNET
Sekuriti mesej e-mel yang dihantar kepada Kerajaan Negeri Terengganu melalui Internet
tidak dapat dijamin sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri Terengganu. Kerajaan Negeri Terengganu
hendaklah tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa kerugian yang ditanggung oleh pengguna
berhubung dengan penghantaran mesej melalui Internet antara Kerajaan Negeri Terengganu
dengan mereka ataupun sebaliknya. Disebabkan keadaan semulajadi Internet, transaksi
mungkin akan tertakluk kepada gangguan, terputusnya bekalan elektrik, penghantaran lewat
dan kesilapan penghantaran data. Kerajaan Negeri Terengganu tidak akan bertanggungjawab
terhadap kegagalan kemudahan komunikasi di luar kawalannya yang mungkin menyebabkan
ketepatan dan masa apa-apa mesej atau transaksi yang disalurkan terganggu.

15. GANGGUAN SISTEM KOMPUTER
Kerajaan Negeri Terengganu hendaklah tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa gangguan,
kelewatan, kegagalan, kesilapan atau kehilangan maklumat yang disalurkan atau apa-apa
virus atau harta yang mencampuri dan merosakkan sistem komputer anda. Anda adalah
bertanggungjawab secara mutlak untuk perlindungan yang mencukupi dan data sandaran
dan/atau peralatan untuk mengimbas virus komputer atau apa-apa harta yang merosakkan.
Kerajaan Negeri Terengganu tidak memberikan representasi dan waranti berhubung dengan
ketepatan, kegunaan atau prestasi perisian pihak ketiga yang mungkin digunakan berhubung
dengan Portal ini.

16. TERMA DAN SYARAT AM
Tanpa menyentuh dan menjejaskan tafsiran umum dalam terma dan syarat ini, anda bersetuju
secara nyata bahawa anda hendaklah menanggung risiko dalam menggunakan Perkhidmatan ini
dan menerima tanpa syarat semua risiko yang timbul termasuk secara tidak sengaja akibat
daripada penggunaan Perkhidmatan ini. Sekiranya berlaku percanggahan antara versi Bahasa
Inggeris dan Bahasa Melayu tentang terma dan syarat ini, apa-apa maklumat yang terdapat
dalam mana-mana risalah berkenaan perkhidmatan ini, versi Bahasa Melayu akan dirujuk.


SILA KEMUKAKAN APA-APA PERSOALAN BERHUBUNG DENGAN TERMA DAN SYARAT INI KEPADA ALAMAT
SEPERTI DI BAWAH :

Melalui surat :
UNIT PENGURUSAN MAKLUMAT NEGERI PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI TERENGGANU TINGKAT 2,
WISMA DARUL IMAN, 20503 KUALA TERENGGANU.

Melalui Telefon : 09-6231957
Melalui Faks : 09-6237485
Melalui E-mel: webmaster@terengganu.gov.my

 

 

Polisi Privasi

Berikut merupakan Polisi dan Privasi :

Pihak Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu (SUK TRG) tidak akan menggunakan / mendedahkan
maklumat peribadi anda untuk apa saja tujuan tanpa persetujuan anda. Maklumat peribadi
anda akan digunakan untuk makluman sebarang pertanyaan, mengendalikan aduan, menyediakan
notis operasi, penyimpanan rekod dan pemberitahuan berkenaan dengan pembelian anda.

Portal kami juga menjadi penghubung kepada lelaman lain dan portal pihak ketiga. Capaian
anda ke lelaman ini tertakluk kepada amalan polisi privasi mereka. Walaupun kami menyokong
privasi di internet, Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu (SUK TRG) tidak
bertanggungjawab atas sebarang tindakan oleh lelaman pihak ketiga. Kami menggalakkan anda
untuk membaca polisi privasi di setiap lelaman yang anda capai, sama ada yang anda capai
melalui portal kami atau portal yang anda capai sendiri.

Institusi kewangan pihak ketiga mengendalikan gerbang pembayaran Setiausaha Kerajaan
Negeri Terengganu (SUK TRG). Institusi ini menerima bayaran dan maklumat pengenalan diri
hanya untuk menentusahkan pengguna dan proses transaksi. Ini adalah amalan piawai untuk
tujuan keselamatan.

 

 

Notis Perundangan

Berikut merupakan Penafian kepada Portal Bersepadu :

Anda hendaklah memahami dan bersetuju bahawa Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu (SUK
TRG) tidak terlepas melakukan kesilapan dalam portal ini. Penggunaan anda ke atas
Perkhidmatan adalah sepenuhnya di bawah tanggungan dan risiko anda sendiri. Perkhidmatan
disediakan asasnya secara "SEKADAR YANG ADA" ("AS IS") dan "SEKADAR YANG DAPAT" ("AS
AVAILABLE"). Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu (SUK TRG) sepenuh-penuhnya dan
sejelas-jelasnya menafikan semua jaminan dalam apa jua bentuk, sama ada yang dinyatakan
atau dilaksanakan. Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu (SUK TRG) tidak memberi jaminan
bahawa;

(i) Portal Bersepadu Kerajaan Negeri Terengganu tidak terganggu dan bebas daripada
kesalahan.
(ii) Kesahihan dan ketepatan isi kandungan, maklumat, perkidmatan atau lain-lain material
yang disediakan.
(iii) Portal Bersepadu Kerajaan Negeri Terengganu, perkhidmatan atau E-mel yang dihantar
daripadanya atau yang mewakilinya bebas daripada virus dan komponen yang merosakkan.

Anda juga dingatkan bahawa Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu (SUK TRG) tidak terlepas
daripada tersilap disebabkan kelemahan portal, oleh itu anda dingatkan sebarang material
yang dipindah terima atau diperolehi dengan lain-lain cara menerusi penggunaan
perkhidmatan yang disediakan adalah dilakukan dengan kehendak diri anda sendiri sepenuhnya
dan bahawa anda hendaklah sepenuhnya bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan terhadap
sistem komputer, kehilangan data akibat daripada pindah terima sebarang material berkenaan
sama ada disebabkan oleh bencana alam, kegagalan komunikasi, pencurian, dan ketidakupayaan
untuk mencapai rekod, aturcara komputer atau perkhidmatan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri
Terengganu (SUK TRG).