KUALA NERUS, 7 September – Temasya Sukan Terengganu (SUTERA) 2019 membuka tirai secara rasmi dengan penuh gilang gemilang di Stadium Mini Olahraga, Kompleks Sukan Negeri Terengganu, di sini malam tadi.
Perasmian kejohanan dwi-tahunan itu disempurnakan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah tepat jam 9.00 malam dengan lafaz perasmian disusuli gimik penyerahan baton.
Ribuan penonton dan penyokong setiap pasukan bertanding hadir seawal jam 7.00 petang bagi menyaksikan temasya bersejarah itu.
Hadir sama, Ahli-Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO negeri, Hishamuddin Abdul Karim serta Pegawai-Pegawai Majlis Sukan Negeri.
Sumber : TEGANUKITA