SUKMA ke-20 : Terengganu Sasar 70 Pingat Emas

KUALA NERUS, 8 Julai – Terengganu meletakkan sasaran 70 pingat emas pada Sukan Malaysia (SUKMA) kali ke-20 September ini sekali gus mempertahankan kejohanan terbabit

Setiausaha Kerajaan Terengganu, Tengku Seri Bijaya Raja, berkata untuk mencapai target berkenaan Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSN) telah mempersiapkan para atlet bagi memastikan persedian terbaik dapat dilakukan.

“Setakat ini saya berpuas hati dengan persiapan yang telah dibuat dalam masa 71 hari lagi yang masih berbaki para atlet kita ini mempunyai semangat juang yang tinggi dan insya-Allah mereka akan mengekalkan kejuaran yang diperolehi pada edisi yang lalu.

“Memang kita menyasarkan untuk menambah kutipan 70 pingat emas, namun saya yakin dan optimis kita berupaya mencapai lebih dari apa yang kita sasarkan sebagaimana pada kejohanan 2018 kita telah berjaya memperolehi 56 pingat emas melebihi target.

“Antara acara sukan yang akan kita perolehi kejuaraan nanti adalah menerusi acara Judo dan sudah tentu menerusi acara sukan berbasikal yang pada edisi lepas memberi sumbangan yang cukup besar untuk muncul juara keseluruhan sebagaimana SUKMA yang lalu dimana kita mempunyai persaingan yang cukup sengit diberikan oleh kontijen Johor, ” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita, selepas mengadakan lawatan ke Veneu Latihan SUKMA XX, bertempat di Dewan Serbaguna MSNT, di sini, kelmarin.

Tambah beliau, persediaan para atlet tidak hanya menerusi latihan yang dijalani tetapi turut meliputi aspek pemakanan dalam memastikan atlet terus bertenaga dalam menghadapi temasya sukan yang penuh berprestij itu.

“Walaupun berlaku kenaikan kos harga makanan namun itu tidak menjadi halangan bagi kita dimana MSNT sangat menjaga pemakanan para atlet.

“kita juga telah melantik bapa angkat dan jabatan angkat yang kita harapkan mampu menampunh segala kekurangan di pihak MSNT dan persatuan dalam kita memastikan atlet kita ini benar-benar bersedia dalam menghadapi cabaran pada kali ini untuk kita terus menguasai dan mempertahankan kejuaraan,” ujarnya.

SUMBER:TRDI.MY

Previous Article

MHC Puji Pengurusan Sukan Terengganu

Next Article

Kontinjen Terengganu Tekad Kekalkan Kejuaraan Sukma