KUALA LUMPUR: Atlet Muay Thai Terengganu, Ahmad Nor Iman Aliff Rakib mengesahkan tempat ke perlawanan akhir selepas menewaskan atlet Melaka di separuh akhir acara 55-57kg lelaki dalam Sukan Malaysia (SUKMA) XX MSN, hari ini.
Dalam pertarungan tersebut, Iman Aliff tampak mudah menundukkan lawan.
Dengan tendangan tepat ke bahagian perut, Juara Muay Thai remaja dunia yang juga pemenang pingat emas Sukan SEA Vietnam itu berjaya melakukan K.O (knock-out) seawal pusingan pertama.
Mengiringinya ke pentas akhir ialah abangnya, Ahmad Nor Iman Hakim Rakib yang menang ke atas Sarawak dalam acara 63.5-67kg.
Selain itu, seorang lagi pertarung, Mohd Fazzatkie Mohd Zaki (60-63.5kg) dan dua petarung wanita Terengganu, Adilah Safiah Ahmad Sofian (51-54kg) serta Nur Adibah Maisarah Hairul Najmi (54-57kg) turut melangkah ke pertarungan akhir apabila menang ke atas lawan masing-masing.