Assalamualaikum Pengurus2 Pasukan, para jurulatih, atlet2, pegawai2 dan Kontinjen SUKMA Trg sekelian.
Alhamdulillah semalam kita meneruskan kecemerlangan dalam hari kedua pemungutan pingat dan telah mendahului dalam medal tally mengatasi Melaka kembali. Namun harus beringat kerana Sarawak sudah mengekori dari dekat di tempat ketiga.
Setinggi2 tahniah kepada sukan berbasikal dan tenpin bowling yg telah menyumbang pingat2 emas semalam. Basikal mengatasi sasaran 1 emas 1 perak dan 1 bonus emas dgn meraih 1 emas dan 2 lagi emas bonus menjadikan 3 emas.
Juga kejayaan manis dari tenpin bowling selepas 17 tahun bertanding ini kali pertama meraih pingat emas melalui atlet Wan Mohammad Ikram Zarif dalam acara Single Lelaki, taniah Zarif dan tenpin bowling.
Sukan2 lain juga bermula cemerlang walaupun masih bukan hari pingat lagi.
Hari kedua pungutan pingat ini juga kita berjaya mengatasi sasaran 1 emas 2 perak dan 1 bonus emas dengan memperolehi 4 pingat emas, Alhamdulillah syukur Allah.
Hari ini atlet2 kita akan turun bertanding dalam 12 sukan untuk merebut sasaran pingat 4 emas 1 perak dan 8 gangsa. Sukan2 tersebut basikal, bolasepak Trg menentang Sabah, Golf, Hoki L menentang Selangor Hoki W menentang Johor, Sepaktakraw, Skuasy, Sofbol menentang Johor, Taekwondo, Tenis, Tinju, Tenpin Bowling dan Wushu.
Hari2 semakin sibuk semoga Allah memberi kita segala kekuatan, semangat dan fokus untuk meneruskan kecemerlangan kita di hari ketiga pungutan pingat ini.
Pengurus2 dan jurulatih2 semua sukan pastikan memantau perkembangan pencapaian atlet2 negeri saingan seperti Sarawak,
WP, Selangor, Johor dan Sabah sedari awal agar mereka tidak mengugat kita dihari2 seterusnya.
SALAM PERJUANGAN, HANELANG BANGKIT
Pengarah MSNT
16 Ogos 2024