Atlet Terengganu Berada Di Landasan Betul Raih Kejuaraan

KUCHING, 16 Ogos- Menjelang sehari pembukaan secara rasmi Sukan Malaysia (SUKMA) 2024, atlet-atlet Terengganu dilihat semakin bersemangat bertanding.

Pengarah Majlis Sukan Negeri Terengganu, Ahmad Shahrizal Yahaya menyifatkan, kontinjen Terengganu kini berada di landasan yang betul dalam usha merebut kembali status juara keseluruhan.

“Setakat ini, semua berjalan lancar. Atlet kita tidak menghadapi sebarang masalah serius, cuma ada isu kecederaan melibatkan pemain futsal.

“Apa yang saya harapkan, semua atlet yang sedang dan akan bertanding akan mempamerkan aksi cemerlang dengan membawa misi hanelang bangkit untuk merampas kembali kejuaraan,” katanya.

Previous Article

Impian Emas 17 Tahun Terlerai

Next Article

Nur Ain Kekalkan Penguasaan Emas Terengganu