Terengganu Berhasrat Lahir Ramai Atlet Bertaraf Dunia

sukma_001

KUALA NERUS, 31 Disember – Terengganu berhasrat melahirkan seramai mungkin atlet bertaraf dunia sekaligus menjadi keutamaan (priority) dalam aktiviti sukan negeri.

Serentak itu Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Sukan, Belia dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah mengajak semua penggiat sukan negeri melakukan anjakan paradigma dalam meletakkan sasaran penyediaan atlet.

“Sukan Malaysia (SUKMA) tidak lagi menjadi ‘priority’ utama kita. ‘Priority’ kita sekarang ini adalah untuk melahirkan seberapa ramai atlet anak negeri bertaraf dunia seperti Khairul Anwar (memanah) yang telah layak ke Sukan Olimpik Tokyo 2020 secara merit.

sukma_002

“Azizulhasni dan Fatehah Mustapha (berbasikal), Nafiizwan (Skuasy) dan ramai lagi atlet-atlet ternama kita yang telah mengukir nama di persada antarabangsa,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Perhimpunan Kontinjen SUKMA 2020 Negeri Terengganu dan Solat Hajat Perdana di Kompleks Sukan dan Stadium Tertutup Gong Badak di sini semalam.

Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Dr Alias Razak, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wanita Zuraida Md Noor, Pegawai Kewangan Negeri, Dato’ Zainal Abidin Hussin, Pengarah Tanah dan Galian negeri (PTG), Tengku Seri Bijaya Raja, Dato’ Tengku Farok Hussin Tengku Abdul Jalil dan Pengarah Jabatan Pelancongan negeri, Ab Rasid Jusoh.
Beliau yang juga ADUN Wakaf Mempelam berkata sekiranya Terengganu mempunyai ramai atlet muda SUKMA cemerlang di peringkat antarabangsa, sudah tentu untuk menjuarai sukan tersebut tidak lagi menjadi masalah rumit.

Justeru katanya semua pihak mesti bekerja keras melalui program terancang bagi meletakkan prestasi atlet-atlet negeri ‘one step a head’ (satu langkah ke hadapan) daripada atlet negeri-negeri lain.

“Perubahan anjakan paradigma dalam pembangunan sukan ini menuntut semua pihak berusaha gigih secara profesional, walaupun kita mengendalikan persatuan secara sukarelawan. Inilah yang kita mahu lahirkan sebagai sukarelawan profesional,” ujarnya.

Sumber : TEGANUKITA
Oleh : Suhaimi Taib
Foto : TEGANUKITA

Previous Article

Kejuaraan Piala Agong Hadiah Untuk Terengganu

Next Article

TSG Lonjak Nama Terengganu Di Mata Dunia