Libas Dua Emas, Sepak Takraw Intai Hatrik

PUTRAJAYA: Kejayaan pasukan sepak takraw Terengganu merangkul dua pingat emas pada Sukan Malaysia SUKMA XX MSN meraih tumpuan ramai kepada pasukan ‘underdog’ itu.

Pengurus sukan, Muhammad Alauddin Wahab berkata, selepas meraih emas dalam acara berpasukan dan double lelaki, kini pasukannya optimis untuk mencipta hatrik dalam acara antara regu yang sedang berlangsung.

“Di perlawanan sebenar, pada awalnya kita jangka sukar untuk dapatkan emas berpasukan.

“Skuad kami tiada nama dan skuad lain dibarisi beberapa pemain kebangsaan, tetapi kami percaya dengan gandingan dan keserasian yang dibentuk dan kita telah buktikannya.

Jelasnya, kejayaan itu menyaksikan pasukannya berjaya memperbaiki rekod pasukan sepak takraw di SUKMA Perak pada 2018.

Terdahulu, atlet Terengganu yang beraksi dalam acara double semalam berjaya membuat kejutan emas.

“Di peringkat separuh akhir, kita menewaskan Johor yang dibarisi pemain kebangsaan serta merupakan perejam terbaik STL 2019, Muhammad Noraizat Mohd Nordin dengan skor 2-1.

“Di perlawanan akhir, skuad dibarisi Muhammad Khairul Aman Mohd Rosdi, Muhammad Aidil Haikal Ghani dan Adam Aiman Rusli sekali lagi membuat kejutan ke atas pasukan pilihan, Perlis.

“Di set pertama, kita menang mudah 21-14. Selepas itu, kita goyah dan kalah 18-21. Tetapi, kita bangkit di set terakhir untuk menang 21-16 dengan skor 2-1,” ujarnya.

Previous Article

Keputusan Penuh 21hb September 2022 (Atlet Terengganu)

Next Article

Geram Tapak Kasut Tercabut, Amirul ‘Ceduk’ Lawan