SHAH ALAM, 27 Oktober – Pasukan golf Terengganu menggungguli saingan semalam dengan meraih pingat emas pada aksi di Kelab Golf Seri Selangor, semalam.
Menurut pengurus pasukan, Mohd Fadhli Jusoh, emas pertama dalam Karnival Sukan Setiausaha Kerajaan Negeri se-Malaysia (SUKSEM) 2022 itu sedikit sebanyak menaikkan semangat kontinjen Terengganu dalam sukan-sukan lain.
“Kami bersyukur dan bangga dengan pencapaian ini. Penghargaan dan terima kasih juga kepada pegawai daerah Kemaman, Mohd Farhan Abdul Wahab selaku bapa angkat pasukan.
“Dalam aksi semalam, format pertandingan dikira dengan mengambil Jumlah terkumpul “nett score” terbaik daripada tiga orang pemain setiap pasukan.
“Kita berjaya mengungguli pertandingan dengan keputusan ‘nett score’ 20 di bawah par (-20) dan jauh meninggalkan pencabar dari negeri Sarawak selaku naib johan,” katanya.
Manakala, tempat ketiga diraih pasukan dari negeri Johor.
SUMBER: TRDI News