SUKSEM 2022: Skuad E-Sport Terengganu Naib Juara PUBG

SHAH ALAM, 27 Oktober – Pasukan E-sport Terengganu muncul naib juara bagi kategori Player Unknown’s Battleground (PUBG) dalam Karnival Sukan Setiausaha Kerajaan Negeri se-Malaysia (SUKSEM) 2022, pada saingan hari pertama semalam.

Jurulatih pasukan, Syed Afif Hakimi Al-Idrus berkata, pasukannya bermain dengan baik dalam keseluruhan perlawanan tetapi terpaksa akur pada kehebatan skuad Selangor.

“Kita sebenarnya hanya menyasarkan untuk tiga teratas dalam kategori ini, tetapi tidak sangka pasukan memberikan aksi terbaik sehingga kita hampir muncul juara.

“Pasukan kita mendahului enam pusingan pertama, namun Selangor mendominasi dua pusingan terakhir dan berjaya mengutip mata tertinggi,” katanya ketika ditemui selepas perlawanan semalam.

Pada saingan hari ini, skuad E-sport akan turun beraksi dalam kategori FIFA 2022 dalam saingan hari kedua bertempat di SUK Selangor.

“Kita meletakkan sasaran untuk podium bagi aksi hari ini dalam kategori FIFA 2022 dan berharap dapat merealisasikannya,” katanya.

SUMBER: TRDI News

Previous Article

Atlet SUKMA Terengganu dapat ‘durian runtuh’

Next Article

SUKSEM 2022: Golf Raih Emas Pertama Terengganu