Amanat Pengarah 19

Assalamualaikum Pengurus2 Pasukan, para jurulatih, atlet2, pegawai2, dan Kontinjen Trg sekelian,

Sehingga 18/8/2024 pencapaian kita 11E 9P dan 11G berbanding jumlah sasaran 13E 3P dan 26G dan kita masih tercicir sebanyak 2E dan 15G tetapi lebih 6P.

Pencapai kelmarin telah berjaya meraih 3E 3P dan 2G berbanding sasaran harian 4E dan 11G.

Terima kasih kepada sukan2 Memanah yg telah menyumbangkan 2E, Karate 1E 2P 1G dan Menembak 1P 1G dan masih mampu untuk memberi saingan.

Walaupun dalam medal tally kontinjen kita berada di belakang Sarawak yg meraih 25E dan W.Persekutuan dgn 15E namun jangan terlalu takut dgn kedudukan semasa terutama kedudukan W.Persekutuan kerana pingat emas yg besar yg boleh diraih oleh kita masih belum tiba terutama dari sukan2 pelayaran, judo, silat dan angkat berat.

Yang penting 3 hari dari sekarang 19/8 20/8 dan 21/8 adalah hari2 yg penting yg akan menentukan sama ada kita mampu meneruskan cabaran untuk merampas kejuaraan atau utk berada di kedudukan ketiga keseluruhan. Jadi semua sukan harus berusaha gigih utk membuat pecutan yg terbaik untuk 3 hari mendatang ini.

Hari ini sasaran kita adalah 6E 6P dan 11G yg harus dipastikan utk dicapai dan mencari 2E tambahan bagi menggantikan 2 pingat emas yg masih tercicir.

Hampir kesemua sukan akan bertanding esok dan kontinjen kita menyandarkan kepada 11 jenis sukan untuk meraih pingat iaitu terjun, angkat berat, karate, kriket, lawn bowls, menembak, olahraga, petanque, sofbol, taekwondo dan tenpin bowling.

Tiada perkara yg mustahil yg boleh menghalang sasaran kita namun kita kena yakin diri di atas persiapan yg telah dilakukan sudah lama itu dan inilah masanya untuk membuktikan bahawa persiapan itu betul2 baik dan produktif dgn menterjemahkan di padang dan lapangan masing2.

Teruskan berdoa agar Allah swt memperkenankan hajat2 kita. KuasaNya akan dapat mengatasi kebimbangan untuk merampas kejuaraan kembali, YAKINLAH DENGAN SEPENUH HATI.

SALAM PERJUANGAN, HANELANG BANGKIT, HANELANG BANGKIT, HANELANG BANGKIT, BANGKIT, BANGKIT

Pengarah MSNT
19 Ogos 2024

Previous Article

Pembukaan SUKMA meriah

Next Article

Amanat Pengarah 20