29/01/2026
MSNT

Silambam Terengganu Hasrat Memecahkan Dominasi

WhatsApp Image 2024 08 20 at 18.51.11 91bdb5c4

KUCHING, 20 Ogos- Pasukan Silambam Terengganu berhasrat memecahkan dominasi dua kuasa besar dalam sukan Silambam di Sukan Malaysia (SUKMA) ke-21 ini iaitu Selangor dan Perak.

WhatsApp Image 2024 08 20 at 18.51.10 2420e25d

Ketua jurulatih, Indrajith a/l Mooralitharan ketika ditanya tentang perkara berkenaan, mengiyakan hasrat itu.

“Ya, kita boleh mendominasi lagi sukan ini, memang hendak pecahkan dominasi mereka.

Bagi empat acara awal (sebelah pagi) ini, kita bagi yang terbaik, budak-budak sudah bagi yang terbaik cuma keputusan yang diperolehi, kita kurang puas hati.

“Selepas ini kita ada lagi 10 acara memang kita akan beri yang terbaik untuk negeri kita,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas majlis penyampaian pingat bagi acara Thanitiramai Kuthu Varisai dan Thanitiramai Silambam Stick.

WhatsApp Image 2024 08 20 at 18.51.10 59a6fa6b

Dalam acara berkenaan, atlet Terengganu, Israwi a/p Murugiah memperoleh pingat perak dalam kategori wanita dengan kutipan 8.17 mata.

WhatsApp Image 2024 08 20 at 18.51.11 4fe6d2eb

Seorang lagi atlet muda, Keertika a/p Shankar membantu Terengganu menambah koleksi pingat gangsa dalam Thanitiramai Silambam Stick wanita dengan 7.37 mata.

Previous Article

Pembukaan SUKMA meriah

Next Article

Memanah Terus Bidik Emas