29/01/2026
MSNT

Ragbi Akhiri SUKMA Dengan Perak dan Gangsa

WhatsApp Image 2024 08 22 at 21.49.50 aaeb9ad7

MIRI, 22 Ogos- Pasukan Ragbi lelaki Hanelang Bangkit terpaksa menerima hakikat terlepas pingat emas setelah tewas 29-0 kepada Johor dalam perlawanan akhir di SUKMA XXI Sarawak, hari ini.

Namun, pencapaian pingat perak oleh pasukan lelaki dan gangsa bagi pasukan wanita pada temasya kali ini masih boleh dibanggakan.

Skuad ragbi Terengganu telah memperbaiki rekod pencapaian berbanding edisi lalu di mana kedua-dua pasukan ini telah dinoktahkan awal untuk berakhir di tempat ke-8 SUKMA MSN 2022.

Pasukan ragbi lelaki menepati sasaran untuk meraih pingat perak setelah hadir selaku finalis SUKMA Sarawak 2024 bertemu Johor.

WhatsApp Image 2024 08 22 at 21.49.50 d7459480

Manakala, tuah tidak menyebelahi pasukan wanita apabila tewas tipis dengan hanya satu jatuhan try oleh pasukan tuan rumah pada penentuan separuh akhir.

Bagaimanapun mereka bangkit menewaskan Sabah 17-5 bagi merebut pingat gangsa.

Previous Article

Memanah Terus Bidik Emas

Next Article

Sukan Terengganu 2025 – SUTERA III