Terengganu Sasar 2024 Semua Atlet Wanita Berpenampilan Patuh Syariah

KUALA TERENGGANU, 21 Oktober – Kerajaan Terengganu menyasarkan semua atlet wanita muslim yang menyertai kejohanan Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 akan memakai pakaian patuh syariah.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata perubahan ketara telah berlaku dalam aspek pemakaian patuh syariah atlet yang menyertai SUKMA baru-baru ini.

Namun, perkara itu masih belum menyeluruh dalam semua sukan kerana proses pendidikan masih berjalan.

“Kita akan terus berusaha melakukan perubahan dengan memberikan galakan dan juga semangat, termasuklah mendidik melalui pengajian ilmu dan juga kita telah menubuhkan satu unita khas iaitu Hal Ehwal Agama di Majlis Sukan Negeri Terengganu.

“Alhamdulillah, perubahan ketara telah dapat kita saksikan dalam SUKMA baru-baru ini hanya tiga jenis sukan sahaja yang didapati para atletnya masih tidak menurup aurat dengan sempurna.

“Jadi kita akan melipatgandakan lagi usaha sehingga semua para atlet kita ini di masa akan datang kita akan pastikan mereka akan menutup aurat dengan lebih sempurna,” ujarnya.

Beliau berkata demikian, ketika ditemui pihak media di Majlis Apresiasi Kontinjen Negeri Terengganu, SUKMA XX, MSN 2022 yang disemprunakan oleh Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, di Dewan Konvesyen, Taman Tamadun Islam (TTI) di sini, semalam.

Wan Sukairi berkata, majlis yang diadakan itu adalah bagi memberikan insentif kepada semua atlet Terengganu yang telah berjaya mendapatkan pingan emas, perak dan juga gangsa pada temasya SUKMA lalu.

Katanya, pada pencapaian SUKMA kali ini kerajaan negeri Terengganu bersetuju menaikkan kadar insentif sebanyak RM500 berbading kadar yang diberikan pada tahun 2018.

“Di mana setiap atlet yang berjaya memperolehi pingat emas diberi RM3,500, perak RM2,500 dan gangsa sebanyak RM1,500.

“Jadi ini merupakan satu penghargaan di atas pencapaian yang ditunjukkan kerana berjaya melebihi sasarkan yang ditetapkan oleh MSNT, untuk SUKMA tahun akan datang insya-Allah target kita adalah merampas semula kejuaraan keseluruhan,” ujarnya lagi.

SUMBER: TRDI.MY

Previous Article

Ratu kayak Sukma umum bersara

Next Article

Atlet SUKMA Terengganu dapat ‘durian runtuh’