SUKMA 2024: Zhe Yie Hadiah Emas Pertama Buat Terengganu

KUCHING, 14 Ogos – Pelumba basikal lebuhraya Terengganu, Kee Zhe Yie, 21, mengatasi pelumba meningkat naik Perak, Muhammad Adam Hakimi Nazuan dengan perbezaan seminit 10 saat untuk meraih pinga Emas pertama buat Kontinjen Terengganu menerusi acara ujian masa perseorangan lelaki, hari ini.

Pada aksi yang berlangsung di Politeknik Kuching itu, Zhe Yie mencatatkan masa 48:23:880 mengatasi Adam Hakimi di tempat kedua.

Manakala, Lau Newjoe dari Wilayah Persekutuan memperoleh pingat gangsa dengan catatan masa 49:50:077.

Dalam pada itu, pelumba wanita lebuhraya Terengganu, Dahlia Hazwani Hasyim yang bertanding dalam acara ujian masa perseorangan wanita sekadar menduduki tempat keenam dengan catatan masa 45 minit 54 saat, empat minit di belakang pendahulu dari Perak.

-TRDI.MY

Previous Article

Amanat Pengarah 15

Next Article

SUKMA 2024: Terengganu Terus Hasilkan Kayuhan Emas