Rangkuman penuh Sukma16 Ogos

Berbasikal

Sukan basikal lebuhraya menawarkan dua emas terakhir dalam acara lepas beramai-ramai wanita yang berlangsung hari ini.

Dan, Pasukan berbasikal wanita Terengganu menepati sasaran merangkul gangsa dalam acara berpasukan di belakang pasukan Johor di tangga kedua, yang medapat perak.

Pingat emas diraih pasukan Kedah dalam acara berpasukan.

Bagi acara individu, pasukan Johor dan Kedah masing-masing meraih emas dan perak.

Pingat gangsa pula berjaya dirangkul pelumba Perak.

Skuasy

Hari ini, atlet skuasy Terengganu turun beraksi di Pusat Skuasy Sarawak, dalam tiga acara iaitu individu lelaki, individu wanita dan beregu campuran.

Kedua-dua atlet lelaki iaitu Onn Jayden dan Addin Iqwan, berjaya ke pusingan pertama sebelum tewas kepada Negeri Sembilan dan Perak, pada aksi seterusnya.

Bagi acara individu wanita dan beregu campuran, keempat-empat wakil Terengganu kandas di perlawanan pertama.

Terengganu akan kembli beraksi pada 18hb dalam acara beregu lelaki dan wanita.

Kriket

Pada aksi di Padang Kriket Petra Jaya pula, pasukan kriket mencipta kejutan dengan kemenangan besar ke atas salah satu pasukan pilihan kejohanan iaitu Pulau Pinang.

Kemenangan dengan 8 wicket itu menyaksikan Skuad kriket Terengganu mencipta sejarah apabila layak ke peringkat separuh akhir yang akan berlangsung 18hb nanti.

Lawn Bowl

Di Sarawak Lawn Bowls Arena, dua kilauan pingat berjaya dijelmakan.

Terengganu mengekalkan penguasaan pingat emas dalam acara individu wanita menerusi Nor Ain Kemilia Sukri.

Nor Ain menang ke atas atlet Selangor, Nur Najla Damia dengan skor 20-11.

Pada acara bertiga lelaki pula, kekalahan 15-9 kepada Wilayah Persekutuan menyaksikan Terengganu sekadar meraih pingat Perak.

Wushu

Satu emas dan empat gangsa, itu jumlah pingat yang dihasilkan skuad wushu pada hari terakhir sukan itu dipertandingkan, hari ini.

Atlet Terengganu, Ekbal Dave Sandhu Aslam Dave berjaya membawa pulang pingat emas menerusi kategori lelaki 70KG .

4 pingat gangsa lagi diperolehi menerusi Intan Nur Alysha (wanita 48KG), Muhammad Baihaqi Hilmi (lelaki 52KG), Muhammad Shahrul Azrie (lelaki 56kg) dan Muhammad Adam Saniel  (lelaki 60KG).

Previous Article

Tahajud, Rahsia Ekbal Rangkul Emas Acara Wushu

Next Article

Hadiah 1,1,1 Buat Terengganu