Assalamualaikum Pengurus2 Pasukan, para jurulatih, atlet2, pegawai2 dan Kontinjen SUKMA Trg sekelian,
Sehingga kelmarin 17/8/2024 sasaran kita adalah 9E+1B(1E) =10E, 3P, 15G tetapi kita memperolehi 8E 6P 9G. Ini bermakna kita masih tercicir 2E 6G tetapi kita mengatasi 3 pingat perak dari sasaran.
Berdasarkan ini kita masih tidak tercicir jauh lagi dari sasaran. Jadi kita tidak perlu menekan butang panik lagi dengan syarat kita meneruskan perjuangan untuk meraih sasaran harian kita dengan yakin dan mengintai peluang di mana ada utk menggantikan 2E yang masih tercicir itu.
Terima kasih sukan basikal yang menyumbangkan 1E 1P dan 1G dari acara kriterium lelaki dan wanita, taekwondo 1E dan 1G, menembak 3P, karate 1P dan 1G dan sepaktakraw 1G.
Sukan2 berpasukan juga menberi kejayaan memenangi perlawanan masing2 seperti sofbol, kriket yg berpeluang utk membuktikan mereka boleh bersaing utk turut menyumbang pingat, teruskan usaha gemilang anda.
Hari ini hampir semua sukan akan bertanding dan atlet2 kita akan menyertai pertandingan dalam 27 sukan kesemuanya.
Misi hari ini adalah untuk mengejar sasaran 4E dan 11G melalui 5 jenis sukan iaitu golf (1E 3G), Karate (2E 2G), memanah (1E 1G), menembak (3G) dan Taekwondo (2G)
Disamping sasaran tersebut yg perlu dicapai, semua sukan yg mempunyai acara akhir ini perlu berazam utk membantu meraih terutama 2E yg masih tercicir itu.
Jangan panik dgn pencapaian kontinjen tuan rumah yg meningkat begitu mendadak dan juga dgn kontinjen negeri lain yg telah mengatasi kita itu, tetapi kita perlu berusaha utk mencapai sasaran harian kita kerana itu merupakan perancangan yg tersusun bagi mecapai sasaran keseluruhan kita nanti sehingga hari-hari akhir. Ini kerana masih banyak acara menunggu di hadapan.
Teruskan berdoa agar Allah swt memperkenankan hajat2 kita. KuasaNya akan dapat mengatasi kebimbangan untuk merampas kejuaraan kembali, YAKINLAH DENGAN SEPENUH HATI.
SALAM PERJUANGAN, HANELANG BANGKIT
Pengarah MSNT
18 Ogos 2024