KUALA TERENGGANU, 17 Mei- Kerajaan Terengganu menyerahkan cek berjumlah RM47,000 Insentif Skim Wakil Negara (SWARA) kepada Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT), hari ini.
“Mempertahankan kejuaraan adalah lebih sukar berbanding usaha untuk memburu kejuaraan. Malah, ini merupakan kejuaraan sulung yang pertama kali dilakar oleh Terengganu sejak sejarah Piala Agong dipertandingkan.