Kuartet Terengganu ungguli 4×100 meter

KUARTET 4×100 lelaki Terengganu berjaya mengekalkan pingat emas yang dimenangi pada edisi 2018 selepas mengungguli acara itu di temasya Sukan Malaysia (Sukma) MSN 2022 pada Sabtu.

Dalam acara yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, kuartet Terengganu yang dibarisi Abdul Wafiy Roslan, Muhammad Hasrul Najmi Badrul, Muhammad Zulfiqar Ismail dan Ruslem Zikry Putra Roseli menamatkan saingan dengan catatan masa 40.59 saat (s).

Pingat perak dimenangi kuartet Perak yang diwakili Raja Pecut Sukma 2022, Muhammad Azeem Mohd Fahmi yang berjaya membuat ‘comeback’ pada saat akhir untuk melepasi garis penamat di tempat kedua dengan catatan masa 40.95s

Pingat gangsa dimiliki kuartet Selangor yang hanya dibezakan dengan catatan 0.02s di belakang pemenang tempat kedua.

“Alhamdulillah saya sangat bersyukur kerana percaya kepada kami dan ini adalah kuartet 4×100 di Perak menang emas dan sekali lagi berjaya meraih kejayaan sama.

“Persatuan Olahraga Terengganu ada mencabar supaya pertahankan emas dan kami dapat melakukannya pada edisi kali ini,” kata Muhammad Zulfiqar ketika ditemui selepas perlumbaan.

SUMBER: Sinar Harian

Previous Article

Wan Abdul Rahman Ceriakan Kem Berbasikal Terengganu

Next Article

Terengganu Panjat Carta Pungutan Pingat