Langkah Pertama E-Sport Jelmakan Dua Emas

PUTRAJAYA: Kejohanan E-Sport yang dipertandingkan buat pertama kali dalam Sukan Malaysia SUKMA XX MSN menyaksikan kontinjen Terengganu berjaya membawa pulang dua emas dan satu perak.

Gandingan Muhammad Afiq Qusyairi Zamzuri-Muhammad Faizal Bin Razali berjaya menewaskan Johor 2-0 dalam acara PS4-Pro Evolution Soccer (PES) 2021 Double untuk emas pertama pasukan.

Dalam acara PS4-PES 2021 berpasukan pula, atlet Johor sekali lagi tewas kepada pasukan dianggotai Muhammad Faizal Razali, Muhammad Rafiq Firdaus Junus@ Ramli, Muhammad Hanis Kamsah dan Muhammad Afiq Qusyairi Zamzuri.

Pengurus Sukan E-Sport, Mohd Fauzan Mamat melahirkan rasa syukur kerana hari terakhir kejohanan E-Sport akhirnya membuahkan pingat kepada pasukannya.

Jelasnya, walaupun sasaran awal adalah tiga emas, kejayaan meraih dua emas memberikan kelegaan kepada pasukan.

Satu lagi pingat diraih Muhammad Rafiq yang tewas kepada Negeri Sembilan dalam saingan PS4-PES 2021 individu.

Previous Article

Sharul Aimy Bantu Gimnastik Tuai Tiga Emas

Next Article

Pencapaian Atlet Bukti Keberkesanan Program Sukan MSNT