Amanat Pengarah 20

Assalamualaikum Pengurus-pengurus Pasukan, para jurulatih, atlet-atlet, pegawai-pegawai dan kontinjen Terengganu sekalian.

Berbaki 2 hari lagi, hari ini 20/8/2024 dan esok adalah hari-hari yg amat penting untuk menentukan SAMA ADA KITA BOLEH BERSAING LAGI UTK MENGEJAR KEJUARAAN KESELURUHAN ATAU HANYA AKAN BERSAING UTK MENDUDUKKI TEMPAT KEDUA DAN SETERUSNYA SAHAJA. Jadi berilah tumpuan yg lebih kepada pungutan pingat sukan masing-masing.

Sehingga kemarin sebanyak 166 (34.29%) acara telah habis dipertandingkan dan masih tinggal 318 acara lagi utk direbut pingat2nya iaitu sebanyak 65.71%, satu jumlah yg masih lagi besar. JADI JANGAN TEKAN BUTANG PANIK LAGI UTK BERADA DALAM PERSAINGAN.

Sehingga semua acara kemarin habis dipertandingkan kita berjaya menambah satu (1) lagi pingat emas menjadikan 2E 4P dan 5G berbanding dengan sasaran harian 6E 6P dan 11G. Jadi kita tercicir SEBANYAK 4E 2P DAN 6G.

Terima kasih sukan berbasikal yg telah menyumbang 1E dan Taekwondo 1E tengah malam kemarin berbanding dengan sasaran 6E harian dan kita tercicir 4E jumlah terbesar pingat tercicir harian. Hari kemarin hari yg mendukacitakan kontinjen kita. Berbanding dengan jumlah sasaran emas kemarin KITA TELAH TERCICIR SEBANYAK 6 PINGAT yang perlu kita ganti melalui acara2 yg dipertandingkan hari ini.

Melalui perbincangan dalam mesy malam tadi, sasaran harian kita hari ini sepatutnya 10E 5P 19G dan 1 bonus E tetapi dua acara sasaran kita telah hilang kerana tidak berjaya ke perlawanan akhir, menjadikan sasaran hari ini hanya 8 Emas. Namun begitu lima (5) sukan lagi telah menjanjikan lima (5) emas lagi untuk digilap melalui acara masing2 menjadikan 13 PINGAT EMAS UTK SASARAN BOLEH DICAPAI ESOK. Sukan2 tersebut adalah Taekwondo, Silambam, Olahraga, Judo dan Pencak Silat

Sama2lah kita memberi semangat juang yg luar biasa kepada atlet2 kita bagi mencapai misi besar hari ini utk meraih 13 PINGAT EMAS SASARAN HARIAN DAN TAMBAHAN YG KITA PERSETUJUI BERSAMA DLM MESY MALAM TADI.

Turunlah hari ini dengan memunajat kepada Allah swt berdoa bersungguh agar pertolongan dariNya tiba utk memakbulkan doa dan hajat besar kita, Aamiiin, In SyaAllah.

Teruskan berdoa agar Allah swt memperkenankan hajat2 kita. KuasaNya akan dapat mengatasi kebimbangan untuk merampas kejuaraan kembali, YAKINLAH DENGAN SEPENUH HATI.

SALAM PERJUANGAN, HANELANG BANGKIT, HANELANG BANGKIT, HANELANG BANGKIT, BANGKIT, BANGKIT

Pengarah MSNT
20 Ogos 2024

Previous Article

Amanat Pengarah 19

Next Article

Langkah Emas Armin Buat Terengganu