KUALA TERENGGANU, 30 Julai- Pelari pecut negara, Azreen Nabila Alias memecahkan rekod peribadinya apabila mencatatkan masa 11.77 saat dalam pusingan kelayakan 100m wanita di Sukan Olimpik Tokyo, pagi ini.
Pelari kelahiran Terengganu itu berada di tempat kedua, satu saat di belakang pelari Iran, Fasihi Farzaneh untuk layak ke pusingan pertama yang akan berlangsung pada jam 11.55 pagi. Azreen sebelum ini memiliki catatan peribadi terbaik 11.92 saat dan hadir ke Olimpik atas tiket peluang khas.
Oleh : Mohd Irsyadi Abu Bakar
Sumber : TRDI.my