PUTRAJAYA: Pembangunan potensi atlet Terengganu perlu dilihat lebih serius oleh kerajaan negeri dalam melahirkan lebih ramai atlet bertaraf antarabangsa.
KUALA LUMPUR: Atlet Muay Thai Terengganu, Ahmad Nor Iman Aliff Rakib mengesahkan tempat ke perlawanan akhir selepas menewaskan atlet Melaka di separuh akhir acara 55-57kg lelaki dalam Sukan Malaysia (SUKMA) XX MSN, hari ini.
PUTRAJAYA: Atlet angkat berat berbakat Terengganu, Nurul Afiqah Muhammad Zamzuri menebus kekecewaan lalu dengan memenangi pingat emas dalam acara 45kg wanita pada Sukan Malaysia SUKMA XX MSN, hari ini.
PUTRAJAYA: Program pembangunan dilaksanakan Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT) dilihat mencapai kemuncak pada waktu yang tepat selaras pencapaian atlet dalam Sukan Malaysia (SUKMA) XX MSN ketika ini.
PUTRAJAYA: Kejohanan E-Sport yang dipertandingkan buat pertama kali dalam Sukan Malaysia SUKMA XX MSN menyaksikan kontinjen Terengganu berjaya membawa pulang dua emas dan satu perak.
KUALA LUMPUR: Atlet Gimnastik kebangsaan, Muhammad Sharul Aimy Mohd Kamaru Hisham menuai tiga emas untuk Terengganu pada aksi dalam Sukan Malaysia SUKMA XX MSN di Bukit Jalil, hari ini.
SUBANG: Pasukan menembak Terengganu semakin bersemangat mempamerkan aksi dalam Sukan Malaysia SUKMA XX MSN apabila berjaya meraih pingat pertama mereka dalam saingan di Lapangan Menembak Subang, hari ini.
KUALA LUMPUR: Atlet Boling Padang Terengganu, Nor Zamziezah Ahmad, bangkit dari kekecewaan selepas kehilangan ibu tercinta pada tahun 2020, dengan meraih pingat emas dalam acara perseorangan wanita pada Sukan Malaysia SUKMA XX MSN, hari ini.